MetMalaysia mengeluarkan tiga tahap Amaran Hujan Berterusan iaitu Bahaya, Buruk dan Waspada melibatkan beberapa negeri di Semenanjung sehingga 26 November 2025.
00:00Kita mulakan dahulu dengan perkembangan berkenaan dengan cuaca dan bencana
00:04yang mana Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan 3 tahap amaran hujan berterusan bahaya, buruk dan waspada
00:11yang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung sehingga Rabu ini.
00:15Menurut Ketua Pengarahmat Malaysia, amaran itu merangkumi sebahagian besar kawasan di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Selangor.
00:23Bagi kategori bahaya, kawasan terlibat ialah Perlis serta Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik di Kedah.
00:37Di Kelantan, ia membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Tanah Merah, Bacuk, Macang dan Pasir Putih serta daerah Besut di Terengganu.
00:47Bagi kategori buruk, amaran meliputi daerah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah serta seluruh Pulau Pinang.
00:56Di Perak, ia melibatkan daerah Kerian, Larut Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Banjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
01:08Kelantan pula meliputi daerah Jeli, Kuala Kerai dan Gua Musang.
01:12Di Terengganu, amaran kategori buruk melibatkan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
01:22Di Pahang, kategori waspada melibatkan Raup, Bentung dan Termeluh manakala di Selangor meliputi Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gomba.
01:31Bagi kategori waspada sehingga rabu, kawasan terjejas ialah Kampar, Batang Padang dan Mualim di Perak serta Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Kuantan di Pahang.
Be the first to comment