Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
KPDN membuka bilik gerakan di lima negeri terjejas banjir bagi memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang musim tengkujuh, selain memantau potensi gangguan di kawasan terlibat.
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kuasa Sari Hidup KPDN telah membuka bilik gerakan di negeri-negeri yang terjejas banjir untuk memastikan bekala makanan mencukupi sepanjang musim tengkujuh.
00:12Timbalan Menterinya, Datuk Fuziah Salih berkata, bilik gerakan itu dibuka di Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
00:18Fuziah menjelaskan bilik gerakan tersebut berfungsi untuk memantau sebarang gangguan bekala makanan dan akan bergerakkan penghantaran barang keperluan asas seperti gula dan minyak ke kawasan terjejas jika bekalan dilaporkan habis.
00:35Beliau berkata persiapan awal turut dilakukan bersama 2,102 pemborong, peruncit dan penghilangan terpilih di seluruh negara yang dibenarkan menambah simpanan bekala makanan sehingga 30% sepanjang musim tengkujuh.
00:51Setakat jam 8 pagi, jumlah mangsa banjir di tujuh negeri meningkat kepada 10,922 orang dengan Kelantan merekodkan angka tertinggi iaitu 8,248 orang di 33 pusat pemindahan sementara.
01:07Fuziah berkata, Pulau Pinang, Perlis dan Perak turut mencatat peningkatan mangsa manakala Kedah dan Terengganu menunjukkan penurunan Selangor pula menjadi negeri terbaru yang dilanda banjir.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended