00:00Banjir kilat yang melanda hatnya Thailand sejak Sabtu lalu menjejaskan ramai pelancong termasuk rakyat Malaysia yang melancong di bandar itu.
00:08Situasi agak genting, susulan bekalan elektrik dan air juga terputus di beberapa kawasan.
00:14Rakyat Malaysia, Muan Zafarin Abdul Manan yang baru tiba malam tadi di tanah air berkongsikan cabaran beliau dan beberapa rakannya ketika berusaha keluar dari kawasan itu.
00:23Menurutnya hujan lebat bermula sejak mereka tiba pada Jumaat dan berlarutan sehingga ahad tanpa henti.
00:30Sepatutnya saya pulang besok. Plannya nak stay sampai Isnin di Arhat Nyai tapi sebab keadaan teruk sangat dekat hotel kami.
00:42Bukan hotel kami je lah. Satu bandar Arhat Nyai dah tak ada elektrik. Hotel kami malam Sabtu dah tak ada air.
00:50air pun dah habis. Air pipe pun dah kering kot. Jadi kami pun dah ramai-ramai decide macam macam ni tak boleh jadi.
01:03Nak stay kat hotel ni memang tak boleh nak buat apa dah. Elektrik tak ada. Makanan pun tak ada.
01:11Jadi kami pulang hari semalam lah.
01:16Keadaan menjadi kritikal apabila mereka terpaksa mencatur makanan, mencari kedai yang masih beroperasi tanpa elektrik dan membeli mie segera halal untuk bertahan.
01:26Apabila paras air semakin naik, Muan Zafarin bersama rakyat Malaysia lain membuat keputusan untuk menaiki lori bantuan ke stesen bas sebelum mendapatkan bas ke Padang Besar.
01:35Ketika di Hat Nyai, Muan Zafarin berkata terdapat lori yang mengagihkan bungkusan makanan walaupun kebanyakannya tidak halal.
01:42Penduduk tempatan turut membantu dengan memberikan makanan seperti pau kepada pelancong yang terkandas.
01:47Beliau menyasatkan pelancong yang ingin ke Thailand supaya berhati-hati jika hujan lebat dan segera meninggalkan bandar sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
Be the first to comment