Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
Jumlah mangsa banjir yang terjejas terus meningkat kepada 13,076 orang di tujuh negeri setakat 1 tengah hari Isnin.
Transcript
00:00Jumlah mangsa banjir yang terjejas terus meningkat kepada 13,076 orang di tujuh negeri setakat satu tengah hari Isnin.
00:14Menurut laman info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kelantan mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 9,588 mangsa yang ditempatkan di 38 pusat pemindahan sementara PPS.
00:27Daerah terjejas banjir di Kelantan meliputi Tumpat, Bacok, Kota Baru dan Pasir Putih.
00:32Di Perak, sejumlah 1,597 mangsa berteduh di 21 PPS melibatkan daerah Perak Tengah, Manjung, Larut, Matang dan Selama, Batang Padang serta Kilir Perak.
00:44Terengganu pula merekodkan sejumlah 203 mangsa banjir yang berada di sebuah PPS di Besut.
00:49Sementara itu, daerah Kulim, Kedah dan Kubang Pasu merekodkan mangsa banjir seramai 430 yang berlindung di 8 PPS.
00:57Di Perlis, dua daerah terjejas adalah Padang Besar dan Kangar melibatkan 508 mangsa dengan 6 PPS dibuka.
01:04Manakala di Pulau Pinang, mangsa banjir direkodkan seramai 414 yang berlindung di 4 PPS yang dibuka di daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.
01:13Di Selangor pula, 304 mangsa melibatkan 99 keluarga di 5 PPS di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Langat.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended