Suruhanjaya Tenaga mengingatkan orang ramai agar mengutamakan keselamatan elektrik dan gas sepanjang musim banjir, serta mematuhi langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas berlakunya banjir.
00:00Suruhan jaya tenaga ST mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati serta mengutamakan keselamatan elektrik dan gas sepanjang musim banjir yang sedang melanda beberapa negeri.
00:11Menerusi satu kenyataan, ST menyatakan banjir boleh mengundang pelbagai risiko termasuk tiang elektrik tumbang, talian terputus serta kerosakan peralatan elektrik dan gas.
00:21Antara langkah awal yang ditekankan ialah menyimpan kelegapan elektrik di tempat tinggi serta mematikan suiz bekalan utama di papan agihan elektrik jika diarahkan berpindah.
00:34ST turut mengingatkan agar menutup injap silinder gas atau gas berpaip serta mengelak daripada melalui kawasan yang menempatkan talian atau elektrik yang ditenggelami air.
00:46Suruhanjaya itu menegaskan orang ramai tidak mengalih tiang elektrik tumbang atau talian terputus sebaliknya melaporkan segera kepada pihak utiliti elektrik.
00:57Bagi fasa selepas banjir, ST menyatakan suiz utama dan injap gas perlu dimatikan sebelum kerja pembersihan dimulakan dan semua kelengkapan elektrik perlu dipastikan dalam keadaan baik dan kering.
01:10ST turut mengingatkan supaya tidak menggunakan peralatan elektrik atau gas yang diragui keselamatannya dan menasihatkan agar mendapatkan perkhidmatan kontraktor yang berdaftar dengan ST jika perlu.
Be the first to comment