Skip to playerSkip to main content
  • 36 minutes ago
JPNT aktifkan Ops Payung dan pusat peperiksaan alternatif bagi memastikan calon SPM di Terengganu dapat menduduki peperiksaan walaupun berdepan banjir.
Transcript
00:00Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu JPNT mengaktifkan Ops Payung sejak 13 November lalu bagi memastikan calon SPM dapat menuduki peperiksaan dengan lancar walaupun berdepan risiko banjir.
00:12Pengarah Pendidikan Negeri Kamsah Layas Kamal Muhammad berkata pusat peperiksaan alternatif telah disediakan dan akan digerakkan jika sekolah atau laluan terjejas banjir.
00:22Setakat ini, tiada calon SPM dari SMK Alor Peroy yang berada di PPSSK Kuala Besut akan ditempatkan di asrama SMK Kuala Besut untuk memulakan peperiksaan esok.
00:34Beliau menegaskan setiap perancangan telah diatur termasuk checkpoint untuk pelajar berkumpul jika berlaku bencana.
00:41Calon juga dinasihatkan menjaga kesihatan dan menjalani pemeriksaan jika berkejala.
00:45Menurut info bencana JKM, jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 282 orang daripada 91 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 359 orang malam tadi.
00:57Semua mangsa kini berlindung di PPSSK Kuala Besut.
01:00JPNT memberi jaminan Ops Payung akan memastikan calon SPM menuduki peperiksaan dengan selamat dan teratur.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended