Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
DBKL melaksanakan tindakan segera di dua lokasi pergerakan tanah di Taman United dan Jalan Medang Tanduk susulan hujan berterusan di Kuala Lumpur, termasuk kerja pengalihan aliran air dan langkah mitigasi awal.
Transcript
00:00Dewan Maneraya Kuala Lumpur, DBKL melaksanakan tindakan segera bagi menangani pergerakan tanah di dua lokasi di Ibu Negara, masing-masing di Taman United dan Jalan Medang, tanduk susulan hujan berterusan sejak pagi Isnin.
00:13Menerusi hantaran di laman Facebook, DBKL memaklumkan pasukan teknikal telah digerakkan ke lokasi terjejas untuk menilai keadaan dan mengarahkan langkah keselamatan awal.
00:22Di Taman United, pasukan teknikal DBKL berada di Jalan Sepadu 6 dan Jalan Sepadu 7 dengan antara tindakan segera yang diambil ialah kerja pengalihan aliran air water diversion bagi menghalang hakisan terus ke kawasan terlibat.
00:39Langkah itu bertujuan mengurangkan risiko pergerakan tanah sebelum kerja mitigasi seterusnya dimulakan.
00:45Manakala di Jalan Medang, tanduk DBKL telah meninjau kawasan berkenaan yang merupakan tanah persendirian bagi memastikan tindakan pencegahan dapat diambil secepat mungkin.
00:57Susulan itu, DBKL menegaskan pemantauan rapat akan diteruskan bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa diutamakan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended