Skip to playerSkip to main content
Tiga pengarah sebuah syarikat makanan Timur Tengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 2 George Town di atas pertuduhan gagal mengemukakan dokumen yang diminta oleh pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.

Nooraishah Hazis, 56, Mohd Zamberi Mohd Soriji, 53, dan lelaki Syria, Mahmoud Sheikh Albasatna, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757918/berita/semasa/tiga-pengarah-syarikat-didakwa-gagal-kemuka-dokumen

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #GeorgeTown #Kastam #Syarikat #Pengarah #Mahkamah
Transcript
00:00Tiga pengarah sebuah syarikat makanan Timur Tengah dihadapkan ke Mahkamah Session 2 Georgetown di atas pertuduhan gagal mengemukakan dokumen yang diminta oleh Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia, JKDM pada Isnin.
00:16Noor Aishah Haziz 56 tahun, Muhammad Zamberi Muhammad Soriji 53 tahun dan lelaki Syria Mahmud Sheikh Al-Basadna 30 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Irwan Suain Ben.
00:35Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka iaitu pengarah syarikat Alshba Group Sendirian Berhad didakwa telah gagal mengemukakan dokumen yang diminta oleh Pegawai Kastam mengikut Seksyen 57-2 Akta Cukai Perkhidmatan 2018.
00:52Sementara itu, Noor Aishah yang mewakili syarikat sama turut menghadapi pertuduhan yang sama namun dia turut mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan tersebut.
01:02Mereka dituduh gagal mengemukakan tiga dokumen iaitu laporan audit tahunan, leja arm dan invoice jualan kepada pegawai JKDM selama setahun untuk dijalankan proses audit.
01:15Oleh demikian, mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 57-4-A Akta Cukai Perkhidmatan 2018 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 79 Akta yang sama.
01:30Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cawangan Audit Import dan SST bahagian Pematuhan Kompleks Kastam Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah pada 1 Mei lalu.
01:44Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga mereka boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
01:55Kes dikendalikan pegawai pendakwa JKDM, Muhammad Safwan Fatih Yahaya manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.
02:05Kes ditanggung sehingga 19 Januari tahun hadapan untuk sebutan semula.
02:14Sampai jumpa di video selanjutnya.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended