Muhyiddin gesa kerjasama lebih erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri bagi tangani ancaman keselamatan di Sabah, termasuk jenayah rentas sempadan dan pelanunan.
00:00Bertemu kembali. Pengurusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan isu keselamatan di Sabah perlu ditangani melalui kerjasama lebih erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
00:12Dalam ucapannya, beliau berkata langkah meningkatkan tahap keselamatan negeri itu adalah penting memandangkan Sabah mempunyai garis pantai yang panjang serta bersempadan dengan negara jiran sekaligus terdedah kepada ancaman tertentu.
00:26Ya, kita tekankan soal isu keselamatan untuk rakyat Sabah. Memang ada peranan Kerajaan Persekutuan, tapi Kerajaan Negeri pun sama-sama boleh bantu.
00:37Yang saya sebut tadi komitmen untuk Kerajaan Negeri. Saya tahu dulu pun kita tahu isu-isu yang ada federal, isu yang ada state, tapi usaha sama yang harus dilakukan untuk meningkatkan keselamatan negeri Sabah itu amat penting.
00:52Pasal Sabah mungkin kosel lain yang agak panjang, berhampiran negara jiran, ada isu-isu keselamatan tertentu.
01:02Jadi sebab itu kita tekankan pegawai itu, tunjukkan bahawa kita faham dan kita nak jaga supaya rakyat Sabah jangan terjejas dengan kes-kes yang kita tahulah, rombakan, pelanunan, soal keselamatan.
01:14Muhyiddin berkata demikian selepas majlis pelancaran tawaran Kasih Bagus Sabah, Perikatan Nasional di Putatan.
01:23Katanya komitmen bersama diperlukan bagi memastikan keselamatan rakyat Sabah terus terpilihara, terutama melibatkan ancaman jenayah rentas sempadan serta aktiviti pelanunan yang pernah berlaku di perairan negeri itu.
01:34Beliau turut menegaskan bahawa PN akan memberi tumpuan terhadap usaha memperkukuh keselamatan kawasan pesisir sekiranya diberi mandat pada pilihan rakyat negeri kali ini.
Be the first to comment