Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
UNICEF lapor 67 kanak-kanak maut di Gaza sejak genjatan senjata dilanggar, sementara ribuan lagi cedera dan penduduk berdepan musim sejuk serta kos makanan tinggi.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 67 kanak-kanak maut di semenanjung Gaza sejak gencatan senjata terbaru antara Israel dan Hamas berkuat kuasa pada 10 Oktober.
00:10Menurut tabung kanak-kanak pertubuhan bangsa-bangsa bersatu UNICEF berpuluh-puluh lagi cedera.
00:15Menurut jurucakap UNICEF Ricardo Pires di Geneva, ketika ini tiada lagi tempat yang selamat untuk kanak-kanak di Gaza.
00:31Walaupun keadaan perubatan di Gaza semakin bertambah baik, sejumlah 4,000 kanak-kanak lelaki dan perempuan yang cedera parah masih menunggu untuk dipindahkan bagi menerima rawatan di luar semenanjung Gaza.
00:43Israel dan Hamas mencapai persetujuan untuk satu gencatan senjata pada Oktober, namun ia telah beberapa kali dilanggar sejak itu.
00:53Martin Paner daripada Program Makanan Selunia WFP berkata penduduk Gaza sangat bimbang dengan ketibaan musim sejuk.
01:01Beliau menambah bahawa suhu yang semakin menurun dan hujan lebat sejak beberapa hari kebelakangan ini telah menunjukkan cabaran yang bakal dihadapi.
01:09Paner berkata penduduk kini mendapat bekalan makanan yang lebih baik hasil penghantaran bantuan dengan kedai roti dan dapur tempatan dapat menyediakan makanan kepada orang ramai, pasar juga kembali dipenuhi bekalan.
01:23Bagaimanapun katanya banyak barangan tidak mampu dibeli kebanyakan penduduk dengan harga seekor aryam mencecah $25.
01:30terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended