Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy perlu menerima dan meluluskan pelan damai yang disokong Washington untuk menamatkan perang Rusia-Ukraine. Trump menyifatkan konflik itu sebagai tragedi yang tidak sepatutnya berlaku, dengan angka korban mencecah puluhan ribu dalam tempoh singkat. Dalam sidang media di Pejabat Oval, Trump turut menyatakan beberapa infrastruktur tenaga utama Ukraine musnah diserang serta mengulangi keyakinan bahawa perang itu tidak akan tercetus jika beliau adalah presiden ketika itu.

Transcript
00:00Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky perlu menerima dan meluluskan pelan damai yang disokong Washington bagi menamatkan perencerobohan Rusia.
00:09Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyampaikan pendirian itu ketika ditemui pemberita di Pejabat Oval selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar New York yang bakal dilantik, Zohran Mamdani pada Jumaat.
00:21Trump telah berhubung dengan wakil kepimpinan Ukraine dan menegaskan rancangan damai itu wujud.
00:30Beliau turut menegaskan bahawa situasi perang di Ukraine adalah satu tragedi dan merupakan konflik yang tidak sepatutnya berlaku.
00:37Trump menyatakan kebimbangan berkenaan sebanyak 25,000 anggota tentera Ukraine dan Rusia terkorban dalam tempoh sebulan dan kadar kematian mingguan dianggarkan antara 6,000 hingga 7,000 anggota di kedua-dua pihak.
00:51Tambah lagi beberapa infrastruktur tenaga utama Ukraine berada dalam keadaan kritikal selepas diserang semasa musim sejuk dan keadaan itu memburukkan lagi penderitaan rakyat.
01:02Beliau turut yakin mempunyai cara untuk mencapai keamanan dan menyebut bahawa Rusia dan Ukraine semakin hampir ke arah penyelesaian.
01:11Namun beliau tidak mahu membuat ramalan kerana proses damai memerlukan persetujuan dari kedua-dua pihak.
01:17Trump menyatakan konflik itu tidak memberi kesan langsung kepada Amerika Syarikat kecuali keperhatinan terhadap kehilangan nyawa manusia.
01:25Trump mengulangi keyakinan bahawa perang tersebut tidak akan berlaku sekiranya beliau menjadi presiden sebelum ini.
01:31Terima kasih telah menonton!
01:33Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended