Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin isu tarif yang dikenakan Amerika Syarikat boleh diselesaikan melalui perbincangan berterusan. Beliau menyuarakan perkara itu ketika berucap di Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Afrika Selatan.
Transcript
00:00Bertemu kembali, kita teruskan dengan berita dalam negara.
00:04Isu tarif yang dikenakan oleh Presiden AS Donald Trump boleh diselesaikan jika perbincangan diadakan secara berterusan.
00:13Pandangan tersebut disuarakan Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapannya di Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Afrika Selatan pada Jumaat.
00:22Dalam ucapan beliau pada forum perniagaan bersama peneraju industri Afrika Selatan, Anwar secara berseluruh menyebut perbincangan dengan Presiden Donald Trump sebelum ini telah membuahkan hasil.
00:34Dalam pertemuan dua hala bersama Presiden Rama Fosa, Anwar menyatakan keyakinan bahawa isu tarif boleh diselesaikan melalui rundingan.
00:43Dalam pada itu, AS yang merupakan pengurusi G20 seterusnya dilaporkan telah mengubah pendirian untuk tidak menghadiri Sidang Kemuncak tersebut.
00:51Presiden Rama Fosa memaklumkan perbincangan mengenai penyertaan AS sedang dijalankan namun tiada pengesahan sama ada Donald Trump akan hadir atau menghantar wakil.
01:02Sidang Kemuncak G20 kali ini adalah yang pertama diadakan di benua Afrika dengan keanggotaan terdiri daripada 19 negara utama serta Kesatuan Afrika dan Kesatuan Eropah.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended