Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
PBB mengecam sekatan unilateral AS terhadap pegawai ICC, menegaskan tindakan itu melemahkan keadilan global dan menjejaskan kehidupan individu serta keluarga mereka.
Transcript
00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB mengecam penggunaan sekatan terhadap pegawai yang dikaitkan dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, ICC.
00:10Jurucakap setiausaha agung PBB, Stephanie Dujaric pada masa sama, menyifatkan langkah sedemikian melemahkan sistem keadilan global dan memberi kesan buruk besar kepada individu terlibat.
00:21Dujaric mengulas laporan LeMond yang memperincikan gangguan besar di alami Hakim Perancis Nicolas Guilu terhadap tugas dan kehidupan hariannya selepas beliau meluluskan waran tangkap terhadap pegawai Israel tahun lalu.
00:36Pada Ogos, Amerika Syarikat mengenakan sekatan terhadap empat pegawai ICC termasuk Guilu kerana meluluskan waran tangkap terhadap Perianda Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yuaf Gallant yang dituduh melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Semenanjung Gaza.
00:55Menurut Dujaric, malangnya Guilu bukan satu-satunya individu berkaitan ICC yang dikenakan sekatan unilateral. PBB tidak percaya ahlinya wajar menjadi sasaran sekatan unilateral yang seperti dinyatakan dalam artikel tersebut.
01:10Sekatan ini menurutnya memberi kesan mendalam kepada mereka dan keluarga mereka.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended