Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
ICRC kurangkan belanjawan 17% akibat penurunan dana, melibatkan pemotongan 2,900 jawatan sambil kekal fokus pada zon konflik kritikal seperti Ukraine, Sudan dan Congo.
Transcript
00:00Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah ICRC akan mengurangkan belanjawan 2026 sebanyak 17% berbanding 2025 dengan kira-kira 2,900 pekerja mungkin diberhentikan.
00:14Menurut kenyataan organisasi itu yang dikeluarkan pada Jumaat, keputusan oleh majlis ICRC untuk meluluskan belanjawan 2026 adalah sebanyak 2.2 bilion dolar.
00:25Pemotongan ini dibuat sebagai reaksi kepada penurunan sumbuangan perderma bagi bantuan kemanusiaan meskipun bilangan konflik global semakin meningkat.
00:35Agensi itu mengambil langkah lanjut untuk menyusun semula belanjawannya dalam suasana kewangan yang mencabar dalam sektor kemanusiaan dan akan memberi tumpuan kepada menyediakan bantuan kepada mereka yang paling terkesan oleh konflik di seluruh dunia.
00:49Sehubungan itu, organisasi itu akan terus beroperasi di zon konflik paling kritikal termasuk Ukraine, Sudan dan Republik Demokratik Kongo.
00:58Menurut Presiden ICRC Mirjana Spoljarik, realiti kewangan ini memaksa mereka membuat keputusan sukar untuk memastikan dapat terus menyalurkan bantuan kemanusiaan penting kepada mereka yang paling memerlukan.
01:11Pemotongan itu akan melibatkan penghapusan sekitar 2,900 jawatan dalam ICRC dengan satu per tiga daripadanya dicapai melalui peletakan jawatan secara sukarela dan tidak mengisi kekosongan sedia ada.
01:24Pada masa ini terdapat lebih 130 konflik bersenjata di seluruh dunia. Kebanyakan daripadanya berlarutan lebih sedekat dan sebarang pemotongan dana akan terus mengurangkan jumlah bantuan yang sampai kepada mereka yang memerlukan menurut kenyataan itu.
01:39Kenyataan ICRC itu hadir susulan beberapa laporan tentang pemberhentian besar-besaran pekerja dalam organisasi kemanusiaan antarabangsa lain.
01:49Pada 6 Oktober, Pesuruh Jaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian UNHCR mengumumkan pengurangan 5,000 jawatan berikutan defisit belanjawan.
02:00Akhir Mac, Pertubuhan Antarabangsa untuk migrasi IOM turut mengurangkan kira-kira 7,000 jawatan.
02:06Pada 17 November, Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa ILO Gilbert Hongbo memberi amaran mengenai krisis kewangan serius dan belum pernah berlaku sebelumnya di ILO.
02:19Sambil menyatakan kira-kira 200 daripada 3,500 pekerja telah diberhentikan dengan pengurangan sehingga 300 pekerjaan lagi dijangka.
02:28Pada 19 November, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata
02:36WHO akan mengurangkan kira-kira 1,300 pekerja akibat kekurangan belanjawan susulan pengunduran AS daripada organisasi itu
02:45yang menyumbang kira-kira 18% daripada pembiayaannya.
02:49itu yang membuat kira-kira akibat kekurangan itu sampai ketika-kira ekipat kekurangan belanjawan.
02:55Apakah itu bukan kira-kira lembaran yang menyerang tersebut?
02:58Kekarang itu berkata-kira.
03:01Terus melihatnya di atas batas dan kekurangan belanjawan.
03:05передatuk tangan tersebut.
03:07Tidak, berkata gila.
03:09Bagaimana kalau kita harus melihatnya tadi,
03:11membuat kira-kira alam wang etukat.
03:13Tidak, berkata tersebut.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended