Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Langkah itu menyusul berikutan kenyataan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi awal bulan ini berhubung isu kedaulatan Taiwan, yang sekali gus menimbulkan kemarahan Beijing sehingga wujudnya ketegangan di antara kedua negara tersebut.
Transcript
00:00Beberapa konsert yang menampilkan pemuzik Jepun di bandar-bandar utama China telah dibatalkan serta-merta minggu ini.
00:07Langkah itu menyusul berikutan ketegangan diplomatik antara Beijing dan Tokyo yang kian memuncak.
00:14Pihak berkuasa China memberi amaran persembahan oleh artis Jepun yang dijadwalkan sehingga akhir tahun mungkin dibatalkan.
00:30Sebagai konteks, ketegangan memuncak selepas Perdana Menteri Jepun Sanai Takaichi awal bulan ini
00:57memberitahu Parlimen serangan China ke atas Taiwan boleh mencetuskan tindak balas ketenteraan dari Jepun sekaligus menimbulkan kemarahan Beijing.
01:05China mendakwa Taiwan sebagai sebahagian dari wilayahnya dan tidak menolak penggunaan kekerasan untuk menguasai pulau tersebut.
01:13Untuk rekod, China mempunyai sejarah memboikot budaya sesebuah negara sebagai bentuk tekanan ekonomi semasa pertikaian diplomatik.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended