Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Usia bukan penghalang bagi seseorang untuk menimba ilmu, apabila ianya berjaya dibuktikan oleh Dr Rafiah Kasim,73 yang berjaya menamatkan pengajiannya dalam peringklat PHD.
Transcript
00:00Seorang nenek kepada empat cucu, Dr. Rafiah Qasim, 73 tahun, membuktikan usia bukan halangan apabila berjaya menamatkan pengajian Dr. Falsafah, PhD dalam bidang pendidikan pada Istiadat Convocation ke-103, Universiti Teknologi Mara, UITM pada Khamis.
00:19Beliau yang menyempurnakan tesis berjudul Pendekatan Guru Prasekolah Malaysia bagi memupuk kemahiran sosial dalam kanak-kanak prasekolah untuk kesediaan bersekolah dalam tempoh 3 tahun.
00:33Sesuatu yang dianggapnya hasil disiplin serta keinginan untuk terus berfikir secara aktif dalam aspek duniawi dan kerohanian.
00:43Dr. Rafiah Qasim
00:45Dr. Rafiah berkata dorongannya untuk terus belajar timbul daripada usaha mengekalkan kecedasan minda selain minat mendalami ilmu yang tidak pernah hilang meskipun hasrat itu terpaksa ditangguhkan ketika muda kerana sibuk mengurus sebuah prasekolah di Bangsar selama lebih 2 dekad.
01:03Jangan kerja kerana wang, money. Kita kerja, yes, you need the money, but you must have the passion.
01:14So it is very sad. If you do any profession that you don't do, you don't enjoy it. You must enjoy a profession.
01:21Pada istiadat berkenaan, beliau merupakan antara 193 calon yang menerima ijazah PHD yang disampaikan oleh Pro Chancellor UITM, Tengku Pemaisuri Selangor, Tengku Pemaisuri Nora Syikin di Dewan Agong Tuanku Chancellor.
01:38Menurutnya, pengajian di peringkat Dr. Falsafah dilakukan demi kepuasan peribadi untuk melengkapkan diri dengan ilmu, disamping harapan agar dapat menyumbang kembali kepada UITM sebagai salah seorang alumni universiti berkenaan.
01:54Rafiah yang berpendapat, usia tidak harus menjadi penghalang dan harus dijadikan kelebihan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
02:03Mempunyai tiga anak lelaki dan empat orang cucu, beliau pernah mengemudi beberapa tadika di Lembah Kelang.
02:11Pada majlis konvokasi pada Khamis, beliau ditemani anak Najib Rahim dan isteri serta adiknya Abu Bakar Qasim dan isteri.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended

1:35:58
Up next