Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dipenjara enam tahun dan denda RM8.8 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
00:00Bekas setiausaha kanan, bekas setiausaha sulit kanan, bekas Menteri Pelancongan Seni dan Budaya dihukum penjara 6 tahun dan denda 8.8 juta ringgit oleh Mahkamah Session Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas 8 pertuduhan menerima rasuah membabitkan tender perkhidmatan peiklanan 7 tahun lepas.
00:23Hakim Suzana Husin membuat keputusan itu selepas mendapati pendawaan berjaya membuktikan kes terhadap Muhammad Saifullah Muhammad Minggu Elias Muhammad Hisham di akhir kes pemilaan.
00:34Beliau menjatuhkan hukuman penjara antara 3 hingga 6 tahun dan denda antara RM75,000 hingga RM2.5 juta bagi semua pertuduhan serta memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak.
00:47Ini bermakna Muhammad Saifullah perlu menjalani hukuman penjara selama 6 tahun serta membayar denda berjumlah RM8.8 juta dan sekiranya gagal membayar denda, hukuman penjaranya ditambah selama 7 tahun.
01:00Muhammad Saifullah didakwa menerima suapan berjumlah RM1,765,000 daripada pemilik syarikat InterBEV Network Sendirian Berhad, Ronald Seto Kong Seng, melalui Roslan Lahada sebagai dorongan mendapatkan tender perkhidmatan penghasilan penjenamaan dan kreatif bagi kempen Turism Malaysia serta tender cadangan promosi dan pengiklanan digital sempena tahun melawat Malaysia 2020 secara rundingan terus kepada syarikat Plan B Digital Sendirian Berhad.
Be the first to comment