Malaysia merekodkan 190,304 perkahwinan dan 60,457 penceraian pada 2024, menurut laporan Perangkaan Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Malaysia 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
00:00Malaysia merekodkan 190,304 perkahwinan dan 60,457 perceraian pada 2024. Ini menurut laporan Perangkaan Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Malaysia 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia DOSEM.
00:19Ketua Perangkaan Dato' Sri Muhammad Uzzin Mahidin melalui kenyataan sempena laporan itu berkata, bilangan perkahwinan yang direkodkan pada 2024 meningkat 0.9% berbanding 188,614 pada 2023.
00:36Katanya kadar perkahwinan kasar kekal tidak berubah iaitu 5.6 bagi setiap 1,000 penduduk pada 2024. Jelas beliau perkahwinan orang Islam menyumbang 72.3% daripada keseluruhan perkahwinan yang direkodkan.
00:53Muhammad Uzzin turut memberitahu bilangan penceraian meningkat 4.1% daripada 58,095 iaitu 2,023 menyebabkan kadar penceraian kasar meningkat kepada 1.8 pada 2024 daripada 1.7 pada 2023 bagi setiap 1,000 penduduk.
01:15Jelas beliau bilangan penceraian orang Islam mencatatkan peningkatan 7.3% pada 2024 sebanyak 47,5777 berbanding 2,023 sebanyak 44,322.
01:32Sementara itu, laporan itu menyatakan bilangan rujuk menurun 4.7% kepada 5,563 pada 2024 berbanding 5,835 pada tahun sebelumnya.
01:47Selangor mencatatkan bilangan rujuk tertinggi dengan 1,148 manakala wilayah persekutuan Labuan mencatatkan jumlah terendah iaitu 13.
Be the first to comment