Skip to playerSkip to main content
Palang sudah ditinggikan, kenderaan berat tidak dibenar lalu - Exco

Palang had ketinggian di laluan dari Bandar Putra ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang sebelum ini tular kerana menerima rungutan orang ramai telah dinaikkan daripada 2.1 meter kepada 2.8 meter dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, penetapan palang ketinggian bukan bertujuan menyulitkan pengguna, sebaliknya bagi memastikan keselamatan dan mengelakkan kerosakan struktur jalan yang tidak direka untuk menampung kenderaan berat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757116/edisi/johor/palang-sudah-ditinggikan-kenderaan-berat-tidak-dibenar-lalu---exco

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #palanghadketinggian #Exco #Kulai

Category

🗞
News
Transcript
00:00Awal tahun ni kita dah bincangkan kenapa palang ni perlu dibuat
00:03Sebab jalan ni adalah kalau saiz dia tu saya ingat adalah 40 kaki
00:08Saiz dia sangat kecil lah, lebih kurang dalam 40 kaki
00:13Sebenarnya saiz standard tu dia 55 dengan 66 kaki
00:17Lebar lah
00:18Sebab tu jalan sini kalau lori 40 tan masuk
00:22Tayar 20 tayar ke 30-40 tayar
00:25Memang sangkut
00:27Sebab tu berlaku tahun ni sahaja saya ingat dah lebih 3 aksiden
00:31Di mana lori besar masuk ke tepi-tepi jalan
00:37Menyebabkan kesesatkan yang teruk
00:39Pasal dia one way pergi, one way balik
00:41Dalam masa yang sama saya pun dapat feedback
00:46Daripada media khasnya penduduk Bandar Putra
00:48Yang mereka menggunakan jalan ni
00:50Jadi dia merasakan bahawa 2.1 meter tu
00:54Untuk ambulan, untuk van
00:58Untuk lori satu tan tak lepas
01:00Jadi kita bincang se-technical bahawa
01:03Kita perlukan naikkan dengan 2.1 meter
01:06Terus ada 2.8 meter
01:08Jadi bila naik 2.8 meter
01:11Pertambahan 0.7 meter
01:13Jadi segala van kecil, van sekolah, van kecil termasuk juga
01:17Lori satu tan boleh lepas halangan inilah
01:21Jadi ni sebenarnya kita memberi lebih banyak kenderaan untuk maksud
01:27Tetapi untuk trailer, untuk lori panjang
01:30Untuk lori pasir, lori tanah
01:32Tidak dibenarkan
01:33Mana dia nak lalu?
01:35Dia kadang-kadang marah kata mana nak lalu ni?
01:37Dia sebenarnya ada 2 alternatif
01:39Satu, daripada jalan Indasi IOI
01:43Dia tembus ke desa Hidaman
01:46Tembus ke desa Hidaman
01:47Sebelah ni ada satu jalan lagi
01:49Jalan Indasi
01:50Kat situ lori boleh guna lah
01:52Janganlah guna jalan kecil ni
01:54Sebab jalan ni, kalau nanti kita live tengok
01:57Jalan ni, pertama dia turun dan naik
02:00Lepas tu saiz keluasan dia
02:03Tak luas dalam 40 kaji sahaja
02:06Jauh daripada standard sebenarnya
02:08Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended