Skip to playerSkip to main content
Seorang lepasan graduan undang-undang bersama tiga rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping pada Selasa atas pertuduhan cuba mencuri kabel bawah tanah dalam kejadian, minggu lalu.

Tertuduh, AY Shimah Narayan, 41, bersama B Sujenthrran, 39; M Indran, 38; dan M Sujendran, 39; bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Ahmad Hamdi Mustafar.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757129/berita/semasa/graduan-undang-undang-bersama-tiga-rakan-didakwa-cuba-curi-kabel

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #curiKabel #Kabelbawahtanah

Category

🗞
News
Transcript
00:01Seorang lepasan graduan undang-undang bersama tiga rakannya dihadapkan ke Mahkamah Magistrit Taiping pada selasa atas pertuduhan cuba mencuri kabel bawah tanah dalam kejadian minggu lalu.
00:12Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebab pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil dihadapan Magistrit Ahmad Hamdi Mustafar.
00:20Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa bersama-sama cuba mencuri kabel telekom bawah tanah dengan membuka penutup lubang kabel di tepi jalan Kamunting Batu Kurau berhampiran Kolej Vokasional Kamunting dalam daerah Larut Matang dan Selama sekitar jam 1.50 pagi pada 15 November lalu.
00:39Mereka didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Kesiksaan dibaca bersama Seksyen 511 dan Seksyen 34 Kanun Sama membawa hukuman maksimum penjara 7 tahun.
00:52Mahkamah membenarkan jaminan RM2,500 setiap seorang dengan seorang penjamin selain menetapkan 6 Januari depan sebagai tarikh sebutan semua kes serta penyerahan dokumen.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended