00:00Saya merasakan bahawa dari segi kehadiran Trump kali ini, untuk isu Laut Cina Selatan ini lebih simbolik.
00:08Tetapi pada masa yang sama saya berminat untuk melihat apakah Presiden Trump sendiri akan menyuarakan apa-apa tentang Laut Cina Selatan.
00:16Adakah dia akan bercakap tentang UNCLOS? Adakah dia akan bercakap tentang Code of Conduct dan sebagainya?
00:21Itu sebagai pengamat untuk isu-isu geopolitik dan geoekonomi ini, kita amat menantikan isyarat Presiden Trump ketika hadir di ASEAN.
00:34Prof. Sufian, Abir mengatakan bahawa keadaan Presiden Trump adalah simbolik berkenaan dengan Laut Cina Selatan ini.
00:40Tapi Prof, adakah ada harapan untuk ia menjangkaui hanya simbolik?
00:44Adakah kita realistik untuk menjangkakan sebarang pengumuman kerjasama sebagai contoh pertahanan ketenteraan berkenaan dengan isu ini?
00:53Seperti yang kita lihat sebagai contoh yang mereka carikan mengumumkan Defense Pact ataupun perjanjian kerjasama pertahanan dengan Qatar selepas serangan Israel.
01:00Atau adakah ini terlampau, adakah tidak realistik untuk kita jangkakan perkara ini, Prof?
01:05Saya tak nampak yang Trump akan membuat sesuatu pengumuman yang meliputi keseluruhan negara ASEAN.
01:12Daripada maklumat yang saya dapat, yang saya percaya, iaitu Trump akan cuba untuk memastikan perjanjian di antara Thailand dan Kemboja itu di tanda tangan ini di Kuala Lumpur.
01:30Dan beliau mahu berada di situ?
01:31Dan beliau mahu berada di situ kerana sebab-sebab yang kita semua tahu.
01:37Saya tak nampak bahawa Trump akan membuat sebarang pengumuman bahawa Amerika Syarikat akan cuba mengambil tanggungjawab ataupun mempertahankan Laut Sina Selatan itu saya tak nampak.
01:51Tetapi, kalau kita lihat di belakang tabir juga.
01:55Sebenarnya banyak ASEAN ini benda terjadi di belakang tabir yang rakyat biasa tak nampak.
02:02Iaitu, macam Amin Farid sebut tadi, latihan ketenteraan.
02:07Memang banyak aktiviti-aktiviti yang melibatkan ketenteraan yang berlaku di Laut Sina Selatan.
02:13yang cuba mempertahankan atau membantu negara-negara ASEAN yang terlibat seperti Malaysia, Brunei, khususnya Filipina untuk mempertahankan wilayah mereka.
02:27Kalau tidak ada kumpulan AUKUS contohnya, iaitu melibatkan Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, maka kemungkinan besar Cina akan lebih agresif.
02:42Ini adalah salah satu contoh kerjasama yang berlaku di antara negara-negara ASEAN dan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Barat.
02:49Terima kasih telah menonton!
Comments