Skip to playerSkip to main content
  • 4 months ago
Sebagai usaha memperkukuh hubungan akar umbi dan memperkenalkan bakal calon DAP bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Wanita DAP Sabah mengadakan siri Jelajah Wanita DAP Sabah ke Tawau dan Sandakan dari 21 hingga 23 Oktober 2025.
Transcript
00:00Sebagai usaha memperkuku hubungan akar umbi dan memperkenalkan bakal calon DAP bagi Pilihan Raya Negeri Sabah PRN ke-17, wanita parti itu mengadakan siri jelajah wanita DAP negeri ketawau dan sandakan.
00:14Menurut kenyataan wanita DAP Sabah, sokongan akar umbi terhadap parti itu kekal utuh berdasarkan kepercayaan terhadap perjuangan DAP yang konsisten membela rakyat sama ada semasa menjadi pembangkang atau kerajaan.
00:27Program yang bermula pada Selasa melaburkan tirai pada Kamis bermula dengan aktiviti walkabout di Pasar Tanjung bersama bakal calon DAP bagi Dun Sri Tanjung, Filip Yap Yui Lip yang juga ahli jawatan kuasa DAP Sabah.
00:41Terut hadir naib pengerusi DAP Sabah merangkap ketua wanita Pakatan Harapan, Datuk Jenny Lasimbang.
00:48Selain mengedarkan iltizam wanita harapan Sabah 2025, rombongan turut menghadiri Majlis Ramah Mesra di Kampung Saddani bagi mendengar secara langsung aspirasi dan isu yang dihadapi penduduk setempat.
01:02Sementara itu disandakan, jelajah diteruskan bersama bakal calon DAP bagi Dun Tanjung Papat, Tang Zucing.
01:10Lawatan meliputi Pasar Umum Sandakan, Pulau Berhala dan Kampung Sim-Sim yang mana pemimpin wanita DAP beramah mesra dengan masyarakat tempatan serta mendengar pandangan mereka.
Comments

Recommended