Skip to playerSkip to main content
  • 4 months ago
Hasimi Muhamad membawakan analisis terkini Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang telah ditetapkan pengundian pada 29 November depan. Apa jangkaan awal?
Transcript
00:00Tarikh-tarikh penting PRN-17 telahpun diketahui dan ini membuka gelanggang untuk parti-parti politik merancang strategi dan mengukuhkan jentera masing-masing.
00:10Tumpuan juga terarah kepada beberapa kerusi panas dan naratif yang akan dimainkan sepanjang PRN-17.
00:18Persoalannya apakah akan ada perubahan dalam landscape politik Sabah dan ini pastinya antara perkara yang akan dilihat dan juga dinilai dalam konteks yang lebih luas terutamanya berkaitan dengan dinamika politik yang berlaku di Sabah.
00:36Bagaimana situasi dan juga keadaannya sepanjang tempoh sehingga 29 November untuk tarikh penting pilihan raya negeri Sabah.
00:46Hasimi Muhammad yang punya waktu dan juga tempoh yang panjang berada di Kota Kinabalu dan Sabah adalah laporannya untuk hari ini.
00:54Jadi kita terus saja bersama dengan Hasimi Muhammad.
00:57Hasimi hari ini pengundian lebih sebulan lagi dari sekarang tetapi apa yang kita boleh jangkakan dalam konteks hari ini?
01:08Baik, terima kasih Ehsan di Bikit Jalit.
01:11Betul kalau ikutkan kiraan angka lebih sebulan lagi menuju kepada hari pengundian iaitu 29 November yang mana ia akan membuka peluang kepada lebih 1.7 juta pengundi bendaftar di Sabah untuk menunaikan tanggungjawab pada PRN-17.
01:26Tapi untuk peringkat awal ini Ehsan kita mahu membuka persoalan apakah parti-parti lokal masih mendominasi untuk PRN-17 ataupun rakyat sudah mula terbuka dengan kerjasama daripada gabungan-gabungan tertentu.
01:42Dan beberapa kerusi dijangka menjadi tumpuan pertama termasuk di Dun Sulaman yang ketika ini disandang oleh Datuk Seri Haji Jinor yang juga pengurusi JRS sejak 1994.
01:55Kedua Dun Lamak disandang oleh Datuk Seri Bumong Taradin dan beberapa Dun-Dun lain termasuk juga di Sinduming dan Inanam.
02:04Kenapa Dun-Dun ini kalau mengikut kepada Pendidik Geo PES UMS Dr. Syahrudin Ahmad ia cubaan untuk merampas oleh parti-parti tertentu sebagai mesej untuk membawa perubahan kepada landscape politik di Sabah.
02:21Dan apa faktor yang akan mempengaruhi perubahan ini?
02:24Yang pertama adalah mengenai jentera. Kedua calon yang akan ditampilkan di kerusi-kerusi berkenaan.
02:30Ketiga manifesto yang akan ditawarkan oleh gabungan-gabungan dan juga parti-parti yang bertanding pada PRN-17.
02:37Dan yang keempat adalah peratusan keluar mengundi. Ini antara faktor yang penting iaitu peratusan keluar mengundi pada PRN-17.
02:45Kita dengarkan apa yang dikatakan oleh Dr. Syahrudin.
02:48Peratusan keluar mengundi yang ramai, yang banyak, luar biasa berbanding peratusan mengundi yang lazim kita lihat dalam mana-mana PRN, PRU atau PRK,
03:04lazimnya tanda arasnya adalah 70%.
03:06Jika melebihi 80% pada waktu-waktu tertentu pada hari mengundi, itu adalah petunjuk bahawa sesuatu yang luar biasa akan berlaku.
03:15Dan lazimnya, kalau kita lihat dalam PRU tahun 2018, perubahan yang amat besar berlaku di mana kerajaan berubah tampuk pimpinannya pada waktu itu.
03:27Ya betul. Rakyat nak lihat infra jalan raya, pertama sekali jalan raya, sebab jalan raya adalah tentang keterhubungan antara kawasan jauh di perdalaman dengan bandar-bandar,
03:40pusat pengedaran dan pengumpulan hasil tani contohnya, hasil perikanan.
03:44Jika jalan raya tidak begitu baik, bagaimana mereka nak menghantar barangan fresh ini?
03:50Dan ini sebenarnya mengganggu urusan seharian dan merugikan pertani pertama sekali dalam urusan penjualan hasil tani tadi.
03:57Dan bagi saya, bila itu disuarakan oleh orang di luar bandar atau di perdalaman,
04:03itu adalah keutaman yang sepertinya diberikan perhatian oleh parti-parti politik.
04:06Dan infra sebenarnya sudah sekian lama, lebih 10 tahun.
04:13Pen Borneo misalnya, malah juga debu raya persekutuan tidak dinaik taraf.
04:18Sama ada kerajaan negeri sebelum ini tidak caknal,
04:22ataupun keseriusan keutamaan terhadap isu infra ini tidak diberikan tumpuan.
04:28Itu juga satu persoalan.
04:29Isu rakyat juga memainkan peranan penting untuk diberikan mandat pada PRN17.
04:40Kalau ikutkan kepada Dr. Syahrudin, isu MA63 telahpun lama diperjuangkan,
04:45misalnya oleh Presiden Star, Datuk Seri Jeffrey Kitingan.
04:49Tetapi isu yang paling dekat di hati rakyat adalah isu asas,
04:53seperti jalan, elektrik dan juga air.
04:58Dan mengikut pandangan beliau juga untuk peringkat awal ketika ini,
05:02kerana tempoh untuk PRN17 masih lagi panjang,
05:07yang berpotensi ketika ini adalah GRS dan Pakatan Harapan.
05:11Tetapi ditekankan juga oleh Dr. Syahrudin,
05:14warisan memberi saingan sengit untuk mendekati mereka yang berpotensi.
05:19Jadi perkara ini kita akan lihat sepanjang menjelang kepada 29 November
05:23untuk PRN17, termasuk juga isu rakyat yang kita akan angkat dari hari-hari mendatang.
05:29Untuk jam ini, kita kembali dulu kepada Ehsan di Bekerja Alil.
Comments

Recommended