00:00Golongan usahawan dan kooperasi digesa agar memanfaatkan sepenuhnya pelbagai insentif yang disediakan kerajaan menerusi Belanjawan 2026.
00:10Menurut Menteri Perbangunan Usahawan dan Kooperasi, Datuk Iwan Benedict, belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim Jumaat lalu
00:17memperuntukkan lebih RM50 bilion termasuk dana dan jaminan pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana, kooperasi, perusahaan sosial serta industri franchise.
00:30Tambahnya, peruntukan ini bukan sekadar kemudahan pembiayaan, tapi turut merangkumi latihan, bimbingan keusahawanan dan akses pasaran bagi memperkukuh daya saing usahawan tempatan.
00:42Iwan turut mendekankan semangat kebersamaan warga Kuskop dan agensi-agensinya sebagai pemacu utama dalam memastikan setiap inisiatif tersebut diterjemahkan kepada impak sebenar di lapangan.
00:54Beliau turut mendekankan kepentingan teknologi dan digitalisasi seperti transaksi tanpa tunai melalui QRP khususnya dalam kalangan peniaga kecil di Sabah dan Sarawak.
01:05Kuskop juga memberi tumpuan kepada pembangunan perusahaan sosial dan pengukuhan gerakan kooperasi melalui pelaksanaan dasar kooperasi negara dan inisiatif di bawah rancangan Malaysia ke-13.
01:16Setakat 2024, terdapat lebih 16,000 kooperasi dengan keanggotaan 72 juta orang dan perolehan mencucah RM68 bilion.
01:26Iwan turut menyeru semua pemegang taruh termasuk pesara, belia dan bakat usahawan agar mengambil peluang menyertai program-program Kuskop demi membina komuniti usahawan yang mampan, berdaya tahan dan berinovasi.
Be the first to comment