00:00Sementara itu, Armizan menegaskan reformasi undang-undang dan institusi akan menjadi antara tawaran manifesto GRS bagi menghadapi PRN Sabah.
00:11Tegasnya, manifesto yang akan dilancarkan selepas proses penamaan calon nanti bukan sekadar menawarkan janji, sebaliknya mengukuhkan usaha reformasi yang telah dimulakan kerajaan negeri sejak 2021.
00:23Salah satu teras utama juga dalam manifesto GRS ini adalah komitmen GRS untuk memperkukuhkan agenda reformasi undang-undang dan institusi.
00:44Ini adalah antara perkara yang kita tekankan untuk kita memperkasakan peranan Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah dalam mengendalikan kes-kes yang melibatkan jenayah di bawah undang-undang negeri.
01:02Kalau sebelum ini, jenayah yang berlaku, kesalahan yang berlaku di bawah undang-undang negeri, pengendaliannya, pendakwaannya perlu dibuat oleh pejabat peguam negara.
01:19State AG tidak ada kuasa untuk membuat pendakwaan. Tetapi melalui institusiional reform yang kita buat, sekarang Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah sudah boleh mengendalikan proses pendakwaan yang melibatkan undang-undang negeri.
01:41Manifesto GRS dijangka dilancarkan selepas penamaan calon PRN17 dan menjadi platform untuk meneguhkan komitmen gabungan itu dalam menggerakkan reformasi undang-undang serta institusi demi kemajuan Sabah.
01:57Armizan berkata demikian selepas melancarkan skim harga maksimum musim perayaan SHMMP di Pervali 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah SICC di Kota Kinabalu pada Isnin.
02:11Terima kasih telah menonton!
Comments