00:00Lebih 90,000 permohonan pembiayaan berjumlah RM21.5 bilion telah diluluskan di bawah skim jaminan kredit perumahan bagi membantu individu dalam kumpulan B40 dan M40 memiliki rumah setakat ini.
00:13Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Atira Sabu berkata, daripada jumlah itu, hampir 90% terdiri daripada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah.
00:23Aiman berkata jumlah tersebut melibatkan 15,000 peminjam berumur 18 hingga 25 tahun, kira-kira 31,000 peminjam berumur 26 hingga 30 tahun, 22,356 peminjam berumur 31 hingga 35 tahun dan 12,799 peminjam berumur 36 hingga 40 tahun.
00:49Kalau kita memperhatikan kepada bajet yang telahpun dibentangkan oleh Amat Berhormat, Datuk Seri, Menteri Keuangan yang juga Perdana Menteri, kita boleh melihat di situ ada kelulusan tambahan untuk SJKP Amat Berhormat.
01:01Sejumlah RM20 bilion ditambah. Sejumlah RM20 bilion daripada Kerajaan Malaysia Madani yang sebelum ini telahpun diletakkan di suntik sejumlah RM20 bilion.
01:12Dan yang kehadapan ini berdasarkan bajet yang insyaAllah kita akan luluskan bersama-sama ada sejumlah RM20 bilion lagi Tuan Yang Pertua.
01:18Dan ini termasuklah sebenarnya jaminan tambahan RM1 bilion kepada lantikan-lantikan kontrak penjawab awam.
01:26Ini adalah sesuatu yang kalau tadi ditanya apa yang mungkin berita gembira, ini adalah salah satu berita gembira yang kita boleh sampaikan kepada khalayak di bawah.
01:36Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Syah Alam Azli Yusof yang ingin mengetahui inisiatif kerajaan
01:44bagi membantu individu tanpa pendapatan tetap seperti pekerja gig memiliki rumah sendiri pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.
01:52Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan 2026 pada Jumaat lepas
01:57mengumumkan skim jaminan kredit perumahan akan diperluaskan dengan menawarkan jaminan kepada 80,000 lagi pembeli rumah pertama.
Comments