Skip to playerSkip to main content
  • 6 weeks ago
Inisiatif untuk peminjam PTPTN di bawah Belanjawan 2026 itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan pelajar tersebut dan komitmen memastikan akses kepada pendidikan tinggi yang inklusif.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Setis Minjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN bagi pelajar daripada keluarga miskin dan miskin tegak berdasarkan data IKASIH yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pendidikan Tinggi Awam IPTA akan ditukar kepada beasiswa bermula tahun hadapan.
00:16Pengurusi PTPTN, Datuk Seri Nur Liza Abdul Rahim berkata inisiatif untuk peminjam PTPTN di bawah Belanjawan 2026 itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan pelajar tersebut dan komitmen memastikan akses kepada pendidikan tinggi yang inklusif.
00:33Katanya langkah ini diharap dapat meringankan beban kewangan pelajar dan memberi ruang kepada mereka untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian.
00:41Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Nur Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2026 mengumumkan pendidikan percuma PTPTN melibatkan 5,800 pelajar daripada keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA dengan peruntukan RM120 juta setahun.
00:59Selain itu, bayaran balik PTPTN dikecualikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan menengah yang memperolehi ijazah sarjana muda kepujian kelas pertama di IPTA dengan peruntukan RM90 juta setahun yang akan memberi manfaat kepada sekitar 6,000 peminjam.
01:18Nur Liza berkata pengecualian bayaran balik PTPTN adalah sebagai penghargaan kepada pelajar cemerlang.
01:26Ujarnya, kerajaan juga terus menitikberatkan usaha melahirkan graduan berkualiti tinggi di Malaysia.
01:33Sehubungan itu, pelajar digalakkan untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian dan mencapai kecemerlangan akademik.
01:40Nur Liza berkata perincang lanjut berkenaan pelaksanaan inisiatif di bawah belanjawan 2026 akan diumumkan dalam masa terdekat.
01:49Mengenai sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam yang mampu dan bekerja di luar negara tetapi culas untuk membuat bayaran balik,
01:58beliau berkata kerajaan menekankan kepentingan kelestarian dana PTPTN bagi memastikan generasi masa depan berpeluang menikmati kemudahan pembiayaan pendidikan tinggi.
02:07PTPTN merupakan kemudahan pinjaman yang perlu dilunaskan semula bagi menjamin kesinambungan dana kepada peminjam baru.
02:16Oleh itu, sekatan perjalanan ke luar negara akan dilaksanakan secara bersasar kepada peminjam yang mempunyai tunggakan.
02:22Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended