00:00Belanjawan 2026 akan mengukuhkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan wang fiskal, kata MBSB Investment Bank Berhad, MBSBIB.
00:10Dalam satu nota penyelidikan, bank pelaburan itu menekankan bahawa sejak 2021, defisit fiskal telah mengurangkan lebih 2% daripada keluaran dalam negara kasar atau KDNK,
00:21sekaligus menyediakan peluang yang lebih besar untuk memperkenalkan langkah rangsangan kitaran berbalas ketika berlakunya kemelesetan pada masa akan datang.
00:32Menurut MBSBIB, strategi fiskal dalam belanjawan akan datang perlu memberi tumpuan kepada pengembangan cukai semasa
00:41yang didorong oleh keperluan untuk mengimbangi perbelanjaan mengurus yang semakin meningkat dan unjuran pengucupan dalam hasil berkaitan petrolium pada 2026.
00:51Katanya dalam empat kitaran belanjawan sebelum ini, pembuat dasar telah menjangkakan peningkatan hasil sama ada dengan memperkenalkan skim percukaian progresif baharu
01:02atau memperluaskan liputan rejim cukai langsung dan tidak langsung sedia ada.
01:09Menurutnya, strategi itu secara langsung menyokong objektif fiskal yang tertakluk di bawah Akta Tanggungjawab Fiskal, FRA.
01:16MBSBIB juga berpendapat bahawa kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk mengumumkan cukai baharu atau memperluaskan langkah cukai semasa untuk meningkatkan hasil.
01:28Langkah-langkah yang mungkin diambil di bawah belanjawan 2026 termasuk cukai pendapatan peribadi yang lebih tinggi kepada kumpulan berpendapatan tinggi,
01:38terus memperluaskan cukai jualan dan perkhidmatan, pendamatan tempoh pengecualian duti import dan ekskis bagi kenderaan elektrik yang dibina sepenuhnya,
01:47selain rasionalisasi serta subsidi bersasar.
01:51MBSBIB berkata hasil fiskal berkaitan petrolium agak bergantung kepada pergerakan harga minyak
01:57dan menjangkakan divido petronas kepada kerajaan mungkin berkurangan pada 2026.
02:03Terima kasih.
Comments