00:00Beregu lelaki utama negara Gosefei Nur Izuddin Rum Sani melakar kejayaan bermakna apabila menundukkan pasangan Indonesia Fajar Alfian Muhammad Syohibul Fikri pada Jumaat.
00:13Ia sekaligus melayakkan mereka mara ke separuh akhir kejohanan badminton terbuka Jepun yang berlangsung di Gymnasium Metropolitan Tokyo.
00:21Dalam pertarungan sengit selama 59 minit, pasangan ranking nombor satu dunia itu menunjukkan semangat juang tinggi sebelum menamatkan aksi suku akhir dengan kemenangan 21-13, 17-21, 22-20.
00:38Ini sekaligus mencatat kemenangan dalam pertemuan pertama ke atas gandengan Indonesia berkenaan.
00:44Zifei Izuddin di jadual berdepan pasangan Taiwan, Liu Kuang Heng, Yang Po Han di separuh akhir pada Sabtu.
00:53Dalam edisi lalu, beregu negara itu pernah menewaskan pasangan sama di pentas yang sama.
00:59Satu lagi beregu lelaki negara, Ong Yusin, Teo Yi Yi turut mencipta kejutan selepas mengetepikan pilihan kelima kejohanan dari China,
01:07Liang Wei Kang, Wang Chang, 25-23, 21-19 dalam tempoh 41 minit permainan.
01:16Yusin Yi seterusnya bakal berdepan pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho, Seo Song Jae.
01:23Sementara itu, dalam saingan beregu wanita, pelitan M Tina meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan pasangan Korea Selatan,
01:31Jong Na Yoon, Lee Yoon Woo, 21-15, 21-19.
01:37Bagaimanapun, pilihan ketiga kejohanan itu dijangka berdepan cabaran getih di separuh akhir apabila menentang pasangan tuan rumah, Nami Matsuyama Chiharu Shida.
Comments