Skip to playerSkip to main content
  • 7 months ago
Andy Caroll menjaringkan 54 gol dalam 248 perlawanan di Liga Perdana Inggeris.
Transcript
00:00Pernah menyarung jersi klub gergasi seperti Liverpool dan West Ham United, kini bermain dalam Liga Bawahan semuanya demi keluarga.
00:09Demikian kisah bekas penyerang England Andy Carroll yang menyertai klub Division 6, Dunningham dan Redbridge secara perpindahan percuma.
00:18Pemain 36 tahun itu menceritakan keputusan berkenaan dibuat kerana mahu kembali bermain di England dan mendekatkan diri dengan anak-anak.
00:30Sebelum ini, dia berkhidmat di sebuah klub di Perancis.
00:33Carroll mengakui ada menerima tawaran daripada klub di Liga lebih tinggi namun menegaskan wang bukan segala-galanya yang dipandang.
00:41Perkara lebih penting adalah untuk terus beraksi di atas padang meskipun usia sudah senja, cinta terhadap bola sepak diutamakan berbanding jumlah bayaran atau status.
00:50Tambah Carroll, dia komited untuk membantu klub baharunya itu memasuki Liga Profesional.
00:55Untuk rekod, Carroll pernah meledak 54 gol dalam 248 perlawanan Liga Perdana Inggeris sepanjang bersama Liverpool, Newcastle United dan West Ham United.
01:06Manakala bagi carrier antarbangsa, Carroll membuat sembilan penampilan bersama pasukan The Three Lions dan mencetak dua gol.
Comments

Recommended