Skip to playerSkip to main content
  • 11 months ago
Pusat Kawalan dan Stesen Penyelidikan Langom ditubuhkan menerusi peruntukan RM5.6 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 dan sejajar dengan teras pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan.
Transcript
00:00RM5.6 juta diperuntukkan di bawah rancangan Malaysia ke-12 RMK12 bagi menubuhkan Pusat Kawalan dan Stesen Penyelidikan Langom di Lembah Danum.
00:11Ketua Menteri Datuk Seri Haji C. Nur berkata penubuhannya sejajar dengan teras pelan pembangunan Sabah Maju Jaya SMJ yang menekankan pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan.
00:22Dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Haji C. berkata pembinaan Pusat Kawalan dan Stesen Penyelidikan Langom ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Sabah dalam melindungi biodiversiti serta memperkukuh penyelidikan alam sekitar.
00:38Stesen Perhutanan Langom mewakili yang berhormat Ketua Menteri untuk merasmikan Stesen Penyelidikan yang baru ini.
00:46Jadi bagi pendapat saya ini merupakan satu lagi inisiatif berterusan sokongan Kerajaan Negeri Sabah melalui kumpulan Yayasan Sabah dan juga Jabatan Perhutanan bagi inisiatif konservasi dan juga pemeliharaan hutan.
01:03Di samping menggalakkan penyelidikan tentang biodiversiti dan juga hal-hal berkaitan alam sekitar.
01:10Haji C. turut memuji Yayasan Sabah atas pengurusan cemerlang kawasan konservasi Lembah Danum yang kini menjadi rujukan pengurusan hutan secara telus dan berwawasan di peringkat antarabangsa.
01:24Pusat ini dibangunkan melalui kerja sama Yayasan Sabah, Jabatan Perhutanan Negeri Sabah dan Universiti Malaysia Sabah dan terletak dalam hutan simpan ulu segar memaluar.
01:34Kerja-kerja penubuhan pusat ini bermula sejak tahun 2021 dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2024.
01:43Hadir sama pengarah Yayasan Sabah, Datuk Seri Gulam Haidar Khan Bahadar, ketua konservator hutan Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Frederick Kugan dan pengurus kumpulan bahagian konservasi dan pengurusan alam sekitar Yayasan Sabah, Dr. Waidi Sinun.
01:57Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended