Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Setiausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Aliberharap agar ada ruang untuk NGO Melayu berjumpa dengan Perdana Menteri bagi meluahkan keluh kesah mereka mengenai pembangunan untuk penduduk Melayu khususnya.
Transcript
00:00Kerajaan diminta mendengar keluhan pelbagai pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan NGO berhubung pelaksanaan rang undang-undang RUU Pembangunan Semula Bandar URA.
00:11Perkara itu disuarakan Setiausaha Agong Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia Perkasa Said Hassan Said Ali ketika ditemui semasa himpunan Melayu berdaulat di Dataran Sogo pada Sabtu.
00:23Beliau berharap supaya ada pembelaan untuk penduduk Melayu di bandar.
00:27Said Husin dalam pada itu meluahkan rasa kesal mengenai status dan situasi yang dihadapi kampung Sungai Baharu.
00:37Beliau berharap penduduk kampung berkenaan terus bersatu hati mempertahankan hak mereka.
00:43Orang kampung baru kena buanglah ego. Janganlah dengar pihak yang sebenarnya tak tahu.
00:51Jangan dengar pihak yang luar ini masuk. Macam-macam lawyer masuk. Macam-macam orang masuk.
00:56Orang itu tak rugi apa.
00:59Jadi beri semangat seluruh lawan. Beri semangat terus lawan.
01:05Akhirnya ke mana?
01:06Benda itu amat sulit. Saya dah check. Saya dah tanya banyak pihak.
01:11Tempat itu sekarang kalau percaya lagi kampung yang ada sekarang ini saya tak tahu bila boleh siap.
01:16yang sekarang ini diorang pening nak kumpul diorang punya waris-waris dan meninggal cucu dia apa dia nanti bertambah lagi nanti.
01:28Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan pembangunan semula kawasan perumahan lama di Ibu Negara bukan agenda mengusir orang Melayu.
01:38Sebaliknya langkah untuk menjamin kehidupan lebih bermaruah kepada rakyat.
01:43Tegas beliau dawaan kononnya usaha berkenaan akan merampas tanah orang Melayu adalah tidak berasas kerana kesemua status tanah itu tidak berubah.
Comments

Recommended