Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Selain menaikkan harga, antara langkah lain yang diambil termasuk melaksanakan aturan bekerja dari rumah dan menutup sekolah.
Transcript
00:00Ini cerita di negara-negara yang lain pula di mana kesan konflik yang semakin meruncing membabitkan Amerika Syarikat Israel dan
00:07Iran yang memasuki hari ke-12 hari ini terus dirasai di seluruh dunia berikutan gangguan bekalan minyak dan gas global
00:15yang mencetuskan kekurangan bahan api, kenaikan harga dan langkah penjimatan tenaga di beberapa buah negara.
00:21Beberapa kerajaan mula melaksanakan langkah kecemasan untuk menguruskan penggunaan tenaga dan mengekalkan bekalan ketika ketidaktentuan dalam pasaran minyak global memuncak
00:34di tengah-tengah serangan berterusan dan ketidakstabilan di Asia Barat.
00:57Terima kasih kerana menonton!
01:10Sementara itu, Mesir dan Sri Lanka telah menaikkan harga bahan api domestik sebagai tindak balas kepada lonjakan kos tenaga global.
01:17Mesir menaikkan harga petrol dan diesel antara 14 dan 17%, manakala Sri Lanka turut menaikkan harga runcit bahan api dengan
01:24memetik pasaran minyak mentah yang tidak menentu.
01:28Pakistan pula mengumumkan langkah penjimatan untuk menjimatkan bahan api, termasuk mengurangkan peruntukan bahan api kenderaan kerajaan kepada separuh dan melaksanakan
01:37aturan bekerja dari rumah untuk kakitangan sektor awam dan swasta, manakala sekolah akan ditutup sementara selama dua minggu.
01:44Langkah serupa turut diambil negara Asia yang lain dengan Thailand mengarahkan agensi kerajaan melaksanakan aturan bekerja dari rumah dan menggantung
01:54lawatan keluar negara bagi mengurangkan penggunaan tenaga.
01:56Vietnam juga menggalakkan kerja jarak jauh, penggunaan pengangkutan awam dan langkah penjimatan bahan api yang lain, sementara pihak berkuasa memantau
02:05kesan konflik Asia Barat ke atas bekalan bahan api dan pasaran tenaga global.
Comments

Recommended