Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Lonjakan harga minyak mentah melonjakkan harga petrol di Amerika Syarikat (AS) susulan ketegangan konflik ketenteraan yang semakin meruncing di Asia Barat telah menggoncang pasaran tenaga global susulan kebimbangan terhadap keselamatan bekalan.
Transcript
00:00Ketegangan konflik ketenteraan yang semakin meruncing di Asia Barat telah menggoncang pasaran tenaga global sesulang kebimbangan terhadap keselamatan bekalan.
00:10Manakala lonjakan harga minyak mentah meningkat harga petrol di Amerika Syarikat dan keadaan itu memaksa rakyat Amerika menanggung beban kos
00:19akibat serangan bersama Amerika dan Israel ke atas Iran.
00:25Sebagai tindak balas kepada serangan itu, tindakan Teheran menutup selat humus setelah melumpuhkan trafik pekapalan yang melalui satu daripada titik
00:32transit minyak paling kritikal di dunia.
00:35Lalu lintas kapal tangki di rantau itu terhenti sepenuhnya sekaligus menjejaskan kira-kira satu per lima daripada bekalan minyak global
00:42seperti penghantaran daripada pengeluar utama seperti Arab Saudi, Kuwait, Emirah Arab Bersatu, UAE dan Irak.
00:49Beberapa loji penampis minyak dilaporkan menghentikan pengeluaran sebahagiannya, manakala yang lain bertungkus lumus untuk menambah stok simpanan mereka.
00:58Serangan balas Teheran ke atas infrastruktur tenaga negara-negara jiran terus memburukkan lagi krisis bekalan itu.
01:05Harga minyak mentah brand meningkat pada lebih $114 Amerika setung sejak konflik bermula malah mencecah setinggi $120 setung pada Isnin.
01:15Presiden Amerika Donald Trump dalam satu temu bual bersama CBS News berkata,
01:20peperangan itu mungkin berakhir tidak lama lagi sambil menyatakan bahawa Amerika telah mencapai objektifnya lebih cepat daripada tempoh 4 hingga
01:285 minggu yang diramalkan sebelum ini.
01:30Trump turut mencadangkan agar selat itu dirampas untuk menurunkan harga minyak mentah brand di bawah $84 setung.
01:38Tung analisis berpendapat harga minyak mentah brand boleh mencecah sehingga $150 setung jika serangan ketenteraan di Asia Barat berterusan dan
01:46gangguan bekalan tidak dipulihkan.
01:48Setiap kenaikan $1 bagi setiap tung minyak akan mendorong kenaikan harga petrol di Amerika sebanyak 2.5 sen.
01:55Data Persatuan Otomobil Amerika AAA menunjukkan purata harga petrol di Amerika melonjak 16% berbanding minggu lepas kepada $3.48
02:07segalen.
02:08Sebagai perbandingan purata harga petrol adalah $2.99 segalen seminggu lalu dan $2.99 segalen sebulan lepas.
02:19Harga petrol di Amerika berbeza mengikut negeri dengan California mencetak purata tertinggi pada $5.02 segalen diikuti Washington $4.63
02:31Amerika, Hawaii $4.52 Amerika, manakala Nevada dan Oregon mencetakkan harga melebihi $4 segalen.
02:41Sebaliknya purata harga petrol kekal di bawah $3 segalen di Arkansas, Missouri, Oklahoma dan Kansas.
02:49Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended