00:00Sementara itu, gabungan rakyat Sabah GRS bersiap sedia untuk bertanding secara solo dalam pilihan raya negeri PRN Sabah.
00:06Dalam satu kenyataan, pengurusinya Datuk Seri Haji Jinur menegaskan sekiranya Pakatan Harapan PH dan Barisan Asuna BN memutuskan untuk bekerjasama dalam PRN Kelak,
00:17GRS tidak teragak-agak untuk memfokuskan gerakan politiknya bersama parti-parti tempatan yang bersehaluan.
00:23Tegasnya lagi, GRS sentiasa komited untuk memperjuangkan aspirasi rakyat Sabah yang memuhukan kepimpinan tempatan terus menerajui kerajaan negeri.
00:32Ini kerana parti tempatan lebih memahami realiti, budaya dan keperluan rakyat tanpa mengenepikan peranan dan kepentingan parti-parti nasional dalam kerangka kerjasama yang lebih luas.
00:43Menurut Haji Jinur lagi, GRS akan sentiasa memperjuangkan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat demi masa depan Sabah yang sekaligus menyumbang kepada kekuatan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.
00:56GRS akan mengadakan mesyuarat kepimpinan dalam masa terdekat untuk menetapkan hal tuju gabungan ini dalam menghadapi PRN akan datang.
01:03GRS juga akan mengadakan perbincangan rasmi dengan parti-parti membentuk kerajaan negeri semasa untuk mendapatkan pandangan dan pendirian mereka.
01:13Terima kasih telah menonton!
Comments