Hari Sarawak 2022 | Kisah sejarah Sarawak diketengah di layar perak

  • 2 tahun lalu
Selain mengibarkan bendera tanda patriotisme, semangat Hari Sarawak juga diterjemahkan dalam naskah perfileman.

Dengan pendekatan itu, sejarah lama yang kurang diketahui dapat didedahkan kepada umum terutama generasi baharu.

Mengambil kira kejayaan filem Mat Kilau, Amanah Khairat Yayasan Melayu Sarawak (AKYMS) percaya, kisah sejarah Sarawak juga boleh diketengahkan di layar perak.

Antaranya melalui kisah Datu Merpati Jepang Raja di Santubong yang kini dikenali sebagai kerajaan Melayu kedua tertua di dunia selepas Kedah.