Skip to playerSkip to main content
  • 3 years ago
Penduduk Kampung Iboi akhirnya boleh menarik nafas lega apabila jambatan sementara yang dibina bagi menggantikan jambatan konkrit yang musnah dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air dan banjir Isnin lalu, akan disiapkan esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Iboi, Abu Hassan Samah menjelaskan ianya sedikit sebanyak akan memudahkan aktiviti seharian penduduk kampung terutama ketika sambutan Hari Raya Aidiladha, Ahad ini.

Category

😹
Fun
Be the first to comment
Add your comment

Recommended