Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Pertempuran di sempadan Thailand-Kemboja mengakibatkan seorang tentera Thailand terkorban, lapan cedera, dan empat awam Kemboja maut. Kerajaan Thailand gerakkan operasi ketenteraan serta pemindahan orang awam.
Transcript
00:00Thailand melancarkan serangan udara di sepanjang sempadan yang dipertikaikan dengan Kemboja pada Isnin apabila kedua-dua pihak saling menuduh pihak lawan melanggar gencata sejata yang menghentikan pertempuran awal tahun ini.
00:12Menurut sumber tentera, pusingan pertempuran terkini telah mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang tentera Thailand dan empat orang awang Kemboja terkorban.
00:19Perdana Menteri Thailand Anutin Chanvirakun berkata dalam ucapan disiarkan di televisyen bahawa operasi ketenteraan akan dijalankan jika perlu untuk mempertahankan negara dan melindungi keselamatan awam.
00:34Gencata sejata mula tegang awal November selepas tentera Thailand cedera akibat pertempuran darat menyebabkan Thailand mengumumkan bahawa pelaksanaan perjanjian itu ditangguhkan tanpa had masa.
00:44Tentera Thailand berkata tembakan Kemboja mencederakan dua tentera Thailand dan tentera Thailand membalas menyebabkan tentera berbalas setembakkan.
00:52Pada Isnin, jurus cakap tentera Thailand, Major General Wintai Suvari mendakwa tentera Kemboja menembak terlebih dahulu ke wilayah Thailand di beberapa kawasan.
01:01Beliau berkata sekurang-kurangnya seorang tentera Thailand terbunuh dan kira-kira lapan lagi cedera serta orang awam sedang dipindahkan dari kawasan terkesan.
01:09Tentera Thailand berkata peluru artileri mengenai berhampiran kawasan kediaman di pihak Thailand tetapi setakat ini tiada kematian orang awam dilaporkan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended