Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Kerajaan Kelantan umum RM12 juta untuk Kempen Kelantanku Bersih dan RM5.29 juta untuk naik taraf kemudahan awam, jadikan kebersihan identiti baharu negeri.
Transcript
00:00Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM12 juta bagi merancangkan pelaksanaan kempen Kelantanku Bersih pada tahun 2026.
00:07Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohd Fazli Hassan berkata,
00:11peruntukan itu akan diagihkan kepada semua pihak berkuasa tempatan PBT
00:14dan dimanfaatkan melalui perancangan teliti untuk memberi impak tinggi kepada rakyat.
00:21Beliau berkata program Kelantanku Bersih bukan sekadar slogan tetapi identiti baharu negeri.
00:26Beliau mahu Kelantan bersih dari aspek integriti pentadbiran, persekitaran fizikal, amalan hidup rakyat dan nilai spiritual.
00:34Mohd Fazli menegaskan kebersihan tidak boleh hanya dibincangkan di meja mesyuarat,
00:39sebaliknya mesti dilaksanakan di lapangan termasuk di pasar, kawasan perumahan, taman kampung dan pekan.
00:46Pada masa sama, beliau mengumumkan pengagihan Improvement Service Fund
00:50berjumlah RM5.29 juta kepada semua 12 pejabat negeri bagi menaik taraf kemudahan awam dan infrastruktur asas.
00:58Beliau menekankan, dana ini perlu digunakan secara telus, aman dan strategik supaya rakyat menerima perkhidmatan terbaik.
01:05Kempen ini disifatkan sebagai usaha menyeluruh untuk menjadikan Kelantan negeri yang bersih,
01:10berintegriti dan berdaisai menjelang tahun 2026.
01:13Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended