Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
Insentif-insentif ini bertujuan menggalakkan pembangunan aktiviti bernilai tambah tinggi bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pemprosesan REE di dunia dan rantau ini.
Transcript
00:00Baik, untuk perkembangan seterusnya kita akan melihat kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI yang giat menggalakkan pelaburan dalam industri unsur nadibumi REE bagi segmen Pertengahan dan Hiliran bagi memastikan nilai tambah berlaku di bumi Malaysia.
00:14MITI menjelaskan kalangan syarikat yang menjalankan aktiviti pengeluaran di peringkat Pertengahan dan Hiliran REE layak dipertimbangkan insentif mengikut Akta Penggalakan Pelaburan 1986 iaitu Galakan Taraf Perintis dan Allow Cukai Pelaburan.
00:30Di samping itu, syarikat yang menjalankan aktiviti berteknologi tinggi serta syarikat berstatus industri kecil dan sederhana IKS juga boleh dipertimbangkan insentif khas mengikut Akta yang sama.
00:42Insentif-insentif ini bertujuan menggalakkan pembangunan aktiviti bernilai tambah tinggi bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hak pemprosesan REE di dunia darantau ini menurutnya dalam jawapan bertulis Dewan Negara yang disiarkan di dalam sesawang Parlimen pada Isnin.
00:58MITI memaklumkan sedemikian bagi menjawab pertanyaan Senator Dato' Syamsuddin Abdul Ghaffar mengenai usaha Kementerian untuk menarik pelaburan strategik bagi membangun industri pemprosesan REE khususnya di Perak.
01:10Syamsuddin juga bertanyakan langkah bagi memastikan nilai tambah REE dapat dikekalkan di dalam negara dan tidak hanya diekspor sebagai bahan mentah.
01:18MITI menjelaskan Malaysia juga giat meneroka peluang kerjasama dengan negara berkepentingan yang memiliki teknologi huluan hingga hiliran terkini REE.
01:26Kerjasama kerajaan dengan syarikat Sudiada telah mewujudkan peluang pekerjaan berkepakaran tinggi kepada warga tempatan dan serusnya menjanjikan pendapatan lebih tinggi.
01:36Tambah Kementerian itu, perkongsian teknologi seumpama ini, pembangunan vendor tempatan adalah antara syarat yang ditekankan oleh MITI dalam menjalinkan sebarang bentuk kerjasama dengan kepakaran asing luar negara.
01:47Menurut MITI, maktelamat kerajaan adalah untuk melonjarkan Malaysia daripada negara pengeluar bahan mentah semata-mata kepada pemain utama dalam pengeluaran produk hiliran seperti supermagnet buatan Malaysia.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended