Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Mahkamah Beijing arah Malaysia Airlines bayar pampasan lebih AS$400,000 bagi lapan kes MH370, susulan tuntutan keluarga penumpang sejak 2016.
Transcript
00:00Sebuah mahkamah di Beijing mengarahkan Malaysia Airlines membayar pampasan kepada keluarga beberapa penumpang penerbangan MH370 yang hilang sejak 2014.
00:10Menurut kenyataan Mahkamah Tinggi Rakyat Beijing, keputusan itu melibatkan 8 kes membabitkan 8 penumpang.
00:17Mahkamah Rakyat Daerah Chowyang pada Jumaat menetapkan pampasan diberikan selaras dengan Konvensyen Montreal dan Undang-Undang Cina.
00:24Ia merangkumi ganti rugi, kos pengebumian, tekanan emosi dan kerugian lain.
00:30Setiap kes melibatkan bayaran berjumlah lebih 400 ribu dolar.
00:34Sejak 2016, keluarga kepada 75 penumpang telah memfalkan 78 tuntutan terhadap Malaysia Airlines dan beberapa defendant lain
00:41merangkumi permintaan ganti rugi serta gesaan menubuhkan dana pencarian dan penyelamatan.
00:47Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal.
00:56Pesawat Boeing 777 itu hilang daripada radar kurang sejam selepas berlepas.
01:02Data satelit kemudiannya menunjukkan pesawat berpatah balik dan dipercayai berakhir di lautan Hindi Selatan.
01:08Operasi percayaan multinasional dilancarkan namun bangkai pesawat tidak pernah ditemui
01:13menjadikannya antara misteri penerbangan terbesar dunia.
01:16Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended