Pesawat ringan jenis microlight terhempas berhampiran Lapangan Terbang Tekah, Taiping, mencederakan dua individu. Polis jalankan pemantauan rapi dan gesa penduduk salur maklumat demi keselamatan.
00:00Bertemu kembali. Dua mangsa cedera ketika sebuah pesawat ringan jenis microlight dilaporkan terhempas sekitar jam 10.30 pagi di kawasan lapangan terbang berhampiran lapangan terbang Tekah, Taiping.
00:10Ketua Polisi Daerah Taiping, Asisten Komisional Muhammad Nasir Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG MERS 1999 sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi untuk kawalan awal.
00:21Serpihan kecil pesawat berselerakan di tanah, manakala mangsa yang cedera sedang diberi bantuan awal oleh orang awam yang kebetulan berada berdekatan.
00:33Kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.
00:37Polis memaklumkan pemantauan rapi sedang dijalankan bagi menilai risiko keselamatan di kawasan sekitar selain memastikan sebarang kemungkinan bahaya dapat ditangani segera.
00:47Agensi berkaitan turut dimaklumkan agar tindakan susulan dapat dilaksanakan dengan teratur.
00:52Polis menegaskan keselamatan penduduk adalah keutamaan pihak polis.
00:56Polis turut menyeru penduduk Taiping agar terus menyalurkan maklumat sekiranya melihat sebarang isiden membimbangkan dan memastikan daerah bersejarah itu kekal aman dan selamat untuk didiami serta dilawati.
Be the first to comment