Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Industri halal menyumbang 7.94% KDNK dengan 1,525 pengeksport berdaftar. MITI sasarkan nilai industri RM231.1 bilion menjelang 2030, dengan 14 taman halal dilengkapi infrastruktur bertaraf dunia.
Transcript
00:00Bertemu kembali, industri halal menyumbang 7.94% kepada keluaran dalam negara kasar KDNK bersamaan RM118.2 bilion dengan bilangan pengesport halal berdaftar sebanyak 1,525 syarikat sehingga suku ketiga 2,025.
00:15Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri MITI menjelaskan sasaran pelan industri halal HIMP 2030 adalah untuk meningkatkan nilai industri halal Malaysia kepada RM231.1 bilion menjelang 2030 dengan eksport halal mencucah RM70 bilion dan sumbangan kepada KDNK sebanyak 10.8%.
00:34MITI menambah bagi memperkukuh ekosistem halal, Malaysia telah membangunkan 14 taman halal di bawah status halmas yang berfungsi sebagai pusat pengeluaran, pemprosesan dan logistik halal.
00:48Taman-taman ini jelasnya dilengkapi dengan infrastruktur bertaraf dunia, kemudahan pensijilan halal serta sokongan pelaburan yang berpaksikan aspirasi pelaburan nasional.
00:57Sehingga kini pelaburan terkumpul di taman-taman halal ini berjumlah RM16.7 bilion dan disasarkan meningkat kepada RM25 bilion menjelang 2030.
01:08Penjelasan ini dibuat dalam jawapan bertulis Dewan Negara yang disiarkan di laman sesawang parlimen.
01:13MITI berkata demikian bagi menjawab soalan senator Husin Ismail mengenai nilai pasaran makanan halal dan tidak halal serta usaha kerajaan dalam memperkasakan industri halal agar kekal berdaya saing di peringkat global.
01:27Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended