Gempa kuat melanda Aomori; tsunami setinggi 3 meter berpotensi di Hokkaido, Aomori dan Iwate. Kerajaan gerakkan pasukan kecemasan, East Japan Railway gantung perkhidmatan, tiada isu loji nuklear dilaporkan.
00:00Sementara itu, Agensi Meteorologi Jepun, GMA, maklumkan tsunami setinggi 3 meter boleh melanda kawasan pantai timur laut Jepun selepas gempa berlaku pada pukul 11.15 malam waktu tempatan.
00:12Menurut GMA, amaran tsunami dikeluarkan untuk wilayah Hokkaido, Aomori dan Iwate dan ombak setinggi 20 hingga 50 cm dikesan di beberapa pelabuhan.
00:30Pusat gempa bumi itu berada 80 km dari pantai wilayah Aomori pada kedalaman 50 km.
00:54Pada skala intensiti seismik Jepun 1 hingga 7, gegaran tersebut mencatat 6 ke atas di wilayah Aomori, gempa yang cukup kuat sehingga menyukarkan seseorang untuk berdiri atau bergerak tanpa merangkak.
01:06Dalam gegaran sedemikian, kebanyakan perabot berat boleh tumbang dan jubin dinding serta cermin tingkap banyak bangunan rosak.
01:13East Japan Railway menggantung beberapa perkhidmatan di kawasan tersebut yang turut pernah dilanda gempa besar bermain itu 9.0 pada Mac 2011.
01:21Tiada sebarang masalah dilaporkan di logi tenaga nuklear yang dikendalikan Tohoku Electric Power dan Hokkaido Electric Power.
01:30Jepun merupakan antara negara paling kerap dilanda gempa bumi dengan gegaran berlaku sekurang-kurangnya setiap 5 minit.
01:36Terletak di kawasan lingkaran api, gunung berapi dan parit lautan yang mengelilingi sebahagian lembangan pasifik, Jepun menyumbang kira-kira 20% daripada gempa bumi magnitude 6.0 atau lebih tinggi di dunia.
Be the first to comment