Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI)mengumumkan pelantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) Ashran Ghazi sebagai CEO baharu agensi itu berkuat kuasa 8 Disember 2025.
00:00Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation Meranti mengumumkan pelantikan bekas ketua pegawai eksekutif CEO Malaysian Global Innovation and Creativity Center Magic, Asyran Ghazi sebagai CEO baharu agensi itu berkuat kuasa 8 Disember 2025.
00:15Dalam satu kenyataan Meranti memaklumkan, Asyran yang pernah berkhidmat sebagai CEO Datal Asia Group akan memimpin misi agensi itu untuk mempercepat pembangunan inovasi teknologi daripada idea kepada impak.
00:30Asyran juga akan menumpukan perhatian kepada tiga bidang utama iaitu menghubungkan inovasi Malaysia dengan industri, pelabur dan sektor awam dan berperkukuh Meranti Park sebagai nukleus inovasi nasional terutamanya dalam teknologi autonomi dan sains hayat.
00:46Selain itu, beliau akan memimpin Meranti untuk memanfaatkan teknologi seperti sistem kesendamungan 5G dan kecerdasan buatan AI disokong oleh bidang tumpuan revolusi perindustrian keempat 4IR untuk merapatkan jurang pemacu sosioekonomi.
01:00Sementara itu, pengurusi Meranti, Prof. Dr. Rofina Yasmin Otman dalam kenyataan sama berkata, rekod pencapaian Asyran dalam membangunkan ekosistem inovasi, bekerjasama dengan peniagaan berasaskan data dan berperkasakan usahawan sejajar dengan mandat Meranti untuk menerjemah idea kepada impak untuk negara.
01:18Pihaknya yakin di bawah kepimpinan beliau, Meranti akan terus memperkukuh laluan inovasi dan perkomersialan negara memperdalam kerjasama dengan industri, akademia dan kerajaan selain menyokong keutamaan nasional dalam bidang teknologi berimpak tinggi terutamanya penyelidikan, pembangunan, inovasi, pengkomersialan dan impak ekonomi.
01:37Rofina berkata pelantikan Asyran juga selaras dengan usaha gigih Malaysia untuk mengkomersialkan teknologi tempatan, memupuk usaha niaga teknologi mendalam dan memposisikan negara sebagai hub inovasi serantau yang berdaya saing.
Be the first to comment