00:00Tindakan menyanyikan lagu Negaraku sebagai tanda kecintaan kepada tanah air tidak membawa makna sekiranya pada masa sama kazanah negara terus
00:11dijarah dan diseludup keluar demi kepentingan pihak tertentu.
00:16Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, AKPS, Datuk Sri Muhammad Syuhaili Muhammad Zain berkata, kegiatan penyeludupan bukan hanya melibatkan
00:27barangan larangan dan pemerdagangan manusia, sebaliknya turut merangkumi kazanah biodiversiti serta hidupan liar negara.
00:39Muhammad Syuhaili berkata, skop penguatkuasaan AKPS perlu dilihat secara lebih menyeluruh kerana agensi itu turut berdepan cabaran beban teras penyeludupan
00:49haiwan terancam termasuk kegiatan menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebelum hidupan liar dibawa ke destinasi lain.
00:56Kita menyanyi lagu negara ku, tapi pada belakangnya kita jual semua yang ada dalam negara kita. Kami di persempadan melihat,
01:05kita tangkap binatang-binatang yang sememangnya dalam keadaan pupus, ungka dan sebagainya yang dibawa keluar daripada negara kita. Ada juga
01:17yang digunakan binatang kita sebagai transit untuk binatang-binatang ini keluar.
01:21Menurut Muhammad Syuhaili, AKPS merekodkan rampasan biosekuriti bernilai RM89.7 juta melibatkan 9,263 kes dari Januari hingga Oktober tahun
01:33ini.
01:34Beliau menegaskan AKPS memerlukan kerjasama lebih erat dengan agensi berkaitan termasuk Zoo Negara serta Jabatan Perlindungan Hidupan Lial dan Taman
01:43Negara atau Perhilitan
01:44bagi memperluas kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara biodiversiti negara.
01:51Terima kasih.