00:00Rundingan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB menerusi persedangan perubahan iklim KOP Tetiwan berdepan risiko gagal mencapai persetujuan apabila rundingan
00:10antara hampir 200 negara masih belum menemui titik penyelesaian pada Sabtu.
00:15Sosana di lokasi persedangan pada malam Sabtu dilaporkan lengang meskipun rundingan yang sepatutnya berakhir pada Jumaat masih berlanjutan melepasi tempoh
00:24ditetapkan.
00:27Gerai makanan telah dikemas manakala ruang kerja yang sebelum ini dipenuhi peserta sepanjang sidang kemuncak dua minggu itu kini hampir
00:34kosong ketika perunding berusaha merapatkan perbezaan pendirian antara negara.
00:39Antara isu utama yang masih menjadi pertikaian ialah sama ada perjanjian akhir perlu menyentuh penggunaan bahan api fosil yang menjadi
00:47pemacu pemanasan global serta keperluan menyediakan bantuan kepada negara miskin untuk menyesuaikan diri dengan kesan perubahan iklim.
00:55Draf perjanjian yang diterbitkan pada Khamis lalu didapati menggugurkan rujukan terdahulu berhubung usaha menamatkan penggunaan bahan api fosil.
01:03Pemerhati berkata Arab Saudi bersama beberapa negara pengeluar utama minyak dan gas lain membantah penggunaan bahasa berkenaan dalam perjanjian tersebut.
01:11Perbezaan pendirian tersebut terus merumitkan usaha mencapai kesepakatan dalam rundingan yang menghimpungkan wakil hampir 200 negara itu.