00:00Biro Penyiasatan Persekutuan FBI sedang menyiasat dawaan pencerobohan Pakalan Data Nasional yang digunakan agensi pengawasan undang-undang di peringkat persekutuan,
00:11negeri dan tempatan untuk berkongsi maklumat berkaitan jenayah.
00:14Menurut laporan CNN pada Jumat yang memetik dua individu yang dimaklumkan mengenai siasatan itu, Pakalan Data Pusat Maklumat Jenayah Kebangsaan
00:22NCIC dipercayai telah dikompromi.
00:27Insiden berkenaan jika disahkan merupakan pencerobohan kedua membabitkan sistem FBI dalam tempoh beberapa bulan selain menjadi insiden keselamatan saiber terbaru
00:37yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pegawai AS sejak minggu lalu.
00:42FBI bagaimanapun tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan writers untuk mengulas perkara itu.
00:48Pangkalan Data NCIC digunakan agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh negara bagi menyimpan dan berkongsi maklumat berkaitan waran tangkap, rekod
00:58jenayah serta semakan latar belakang individu.
01:01Dalam perkembangan berkaitan beberapa gangguan saiber berprofil tinggi turut dilaporkan sepanjang minggu lalu termasuk gangguan perkhidmatan global yang menjejaskan ratusan
01:11juta pengguna Microsoft.
01:12Selain itu, gangguan sistem turut menyebabkan operasi penerbangan di seluruh AS terhenti sekaligus menjejaskan lebih 18,000 penerbangan.