• 6 minutes ago
Dua wanita maut selepas tercampak keluar dari sebuah kereta Mercedes-Benz yang terbabas sebelum merempuh tebing di bahu kiri Lebuhraya Persekutuan di Kilometer 34 menghala ke ibu negara awal pagi, pada Sabtu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dua wanita maut selepas tercampak keluar dari sebuah kereta Mercedes Benz yang terbabas sebelum rempoh tebing di bawah kiri leburaya
00:09persekutuan di kilometer 34 menghala ke Ibu Negara awal pagi pada Sabtu.
00:14Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, SIP Samsuddin Mamat berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, kereta berwarna emas
00:21berkenaan dipercayai dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an dan kini sedang dikesan selepas melarikan diri.
00:31Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 7 pagi dan siasatan awal mendapati kenderaan itu dipercayai hilang
00:39kawalan sebelum terbabas dan melanggar tebing di bahu kiri jalan.
00:43Akibat pelanggaran itu, kenderaan berkenaan kemudian berpusing dan menyebabkan dua penumpang wanita warga tempatan yang berada di bahagian belakang, masing
00:51-masing berusia lingkungan 20-an dan 30-an tercampak keluar melalui cermin belakang.
00:56Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan
01:051987.
01:07Sehubungan dengan itu, Syamsuddin meminta saksi yang melihat atau berada di tempat kejadian tampil di balai polis berhampiran
01:13atau menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor M. Sivam di talian 017-329-0749
01:21atau IPD Petaling Jaya di talian 03-7966-2222 bagi membantu siasatan.
01:29Terima kasih telah menonton!
01:30Terima kasih telah menonton!
01:31Terima kasih telah menonton!

Recommended