00:00Baik seterusnya, seorang daripada enam kanak-kanak dan remaja berusia 5 hingga 15 tahun mengalami masalah kesihatan mental di negara
00:09ini.
00:09Hasil dapatan laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan NHMS oleh Kementerian Kesihatan KKM pada tahun 2023 mendapati masalah kesihatan mental
00:20dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berumur 5 hingga 15 tahun
00:25meningkat daripada 7.9% atau bersamaan dengan 424,000 pada tahun 2019 kepada 16.5% atau bersamaan dengan
00:34922,318 menyaksikan peningkatan 16.5% pada tahun 2023.
00:43Manakala mereka yang berada dalam kumpulan umur antara 16 tahun dan ke atas pula meningkat hampir 2 kali ganda berbanding
00:53tahun 2019 iaitu sebanyak 4.6%
00:56atau dianggarkan membabitkan seramai 1 juta orang mengalami kemurungan dan 4 kategori cabaran kesihatan mental utama dalam kalangan kanak-kanak
01:06di Malaysia dapat anda saksikan di sini
01:09di mana yang pertama masalah dengan rakan sebaya mencatatkan 46% kesukaran bergaul, ketiadaan rakan rapat, penyisihan sosial dan buli
01:21dan seterusnya
01:22masalah tingkah laku mencatatkan 25% di sini menyaksikan perubahan sikap antara faktor yang menyebabkan masalah tingkah laku mudah marah
01:32dan memberontak
01:34dan seterusnya dapatan ini menyaksikan masalah emosi berada pada 17% di mana sedih yang berpanjangan, kebimbangan melampau atau masalah
01:44anxiety dan juga rasa rendah diri
01:47dan kategori yang keempat ataupun yang keempat ditulis di sini ataupun dicatatkan di sini ialah masalah hyperaktif dengan 8%
01:54di mana kesukaran untuk menumpukan perhatian bertindak mengikut gerak hati secara impulsif
02:01dan ini adalah data yang diberikan oleh tinjauan kesihatan dan morbiditi kebangsaan NHMS tahun 2023
02:12dan pastinya kita ingin menyaksikan data ini berubah dan pastinya kita terus bertindak dan sentiasa alert kepada sesiapa saja yang
02:21berada di sekeliling kita
02:23untuk melihat sebarang perubahan dan sekiranya ada yang memerlukan bantuan, pastikan anda bukan sahaja menghulurkan bantuan tetapi anda mencadangkan mereka
02:32kepada pihak-pihak yang berkaitan dalam menangani masalah ini